BUKU SIRAH NABI




1) BUKU KISAH PARA NABI DAN RASUL 

Al Hafizh Ibnu Katsir, Buku kisah Para Nabi dan Rasul, 2012,http://kiosbukuislami.com/kisah-para-nabi   dan-rasul/

Buku kisah Para Nabi dan Rasul

Memahami dan merenungi kisah hidup para Nabi dan Rasul adalah sebuah tekad untuk mengembalikan peradaban Islam yang pernah berjaya dan membuka lembaran baru sejarah umat manusia dengan penerapan sistem sosial, budaya dan gaya hidup yang sempurna di bawah bimbingan Wahyu Rabbani. 
Di dalam buku Kisah Para Nabi Dan Rasul ini, seorang muslim diajak mengembara menelusuri aneka ragam kehidupan yang dialami oleh Para Nabi Dan Rasul yang penuh dengan untaian hikmah, ibrah (pelajaran) dan mutiara yang bertaburan sebagai titik tolak dalam melangkah, bersikap dan ubat penawar yang bermanfaat bersama Al Hafizh Ibnu Katsir Rahimahullah dengan Tahqiq Hadits berdasarkan Takhrij Syaikh    Muhammad Nashiruddin Al Albani Rahimahullah.


2) 25 NABI DAN RASUL UTUSAN ALLAH 

Yoli Hemdi & Rina Novia, 25 Nabi dan Rasul Utusan Allah, 2012,http://kiosbukuislami.com/25-nabi-dan-rasul-utusan-allah/

Buku 25 Nabi dan Rasul utusan Allah 

Mengetahui kisah 25 Nabi dan Rasul Allah ternyata mengasyikkan. 
Buku 25 Nabi dan Rasul Utusan Allah ini akan menceritakan kisah 25 Nabi dan Rasul utusan Allah, mulai dari Nabi Adam sebagai manusia pertama di bumi,sehingga Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul terakhir beserta mukjizatnya. Buku 25 Nabi dan Rasul Utusan Allah ini juga mempunyai kelebihan dari segi gambar full colour, pesan/kesan yang membangun semangat anak-anak, silsilah 25 Nabi dan Rasul Allah, dan bimbingan orang tua yang ingin menceritakan kisah para Nabi kepada putera-puterinya.


3) KISAH 25 NABI-NABI

Tarikuddin bin Haji Hassan, kisah 25 Nabi-Nabi, 2009,
http://jomsewabuku.blogspot.com/2009/09/kisah-25-nabi-nabi-tarikuddin-bin-haji.html

 Kisah 25 Nabi-Nabi 

Buku ini mengisahkan tentang sirah 25 nabi-nabi yang telah dinyatakan seperti di atas. Setiap orang muslim perlu mengetahui tentang sirah nabi-nabi kita. Buku ini ditulis mengikut turutan iaitu bermula dari kisah Nabi Adam a.s yang merupakan bapa seluruh manusia hingga ke Nabi kita yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. 
Cara susunan buku ini amat menarik. Pembaca tidak akan merasa jemu untuk meneruskan pembacaan mereka. Buku ini saya beli kerana saya tertarik dengan cara penulis menggarap kisah-kisah nabi mengikut rentetan susur galur 25 nabi-nabi tersebut. Kertas yang digunakan juga menarik hati saya ditambah dengan bentuk tulisan yang sejuk mata memandang. Iyalah, hendak membaca sirah nabi ini bukan boleh dihabiskan satu hari, memandangkan buku ini mempunyai 420 muka surat. Paling cepat pun jika anda boleh membaca 100 muka surat sehari, ianya akan mengambil masa 4 hari lamanya untuk menyudahkan bacaan buku ini.


4) KISAH 25 RASUL UNTUK ADIK-ADIK - NABI ADAM HINGGA NABI MUHAMMAD S.A.W.

Othman Ramli, Kisah 25 Rasul untuk adik-adik - Nabi Adam hingga Nabi Muhammad S.A.W., 2010, http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/2010/05/kisah-25-rasul-untuk-adik-adik-nabi.html

 Kisah 25 Rasul untuk adik-adik 

Buku ini mengandungi kisah-kisah Nabi bermula dari Nabi Adam A.S. iaitu manusia pertama yang dijadikan Allah hinggalah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. iaitu utusan yang terakhir. Sebagai seorang Muslim yang mempercayai rukun iman, keyakinan kepada Nabi dan Rasul adalah merupakan salah satu yang wajib diimani. Bagaimana mahu mengimaninya jika kita tidak tahu tentang susur galur kehidupan mereka. Di sini kami persembahkan kisah-kisah Nabi Dan Rasul yang sepatutnya diketahui iaitu seramai 25 orang. Diharap dengan membaca buku ini anak-anak akan mengenali semua Nabi dan Rasul kita secara ringkas. Ditambah dengan ilustrasi warna yang menarik sudah tentu akan menambahkan lagi minat anak-anak untuk lebih mengetahui isi ceritanya. Semoga anak-anak dapat mencontohi sikap dan peribadi mulia para Nabi dan Rasul kita yang begitu taat dan setia mengikuti apa sahaja perintah Allah demi menegakkan kebenaran.


5) SIRI KISAH-KISAH HIKMAH ANAK

Tim Gema Insani, siri kisah-kisah hikmah anak Kisah 25 Nabi (Buku 2), 2012, http://www.sambooks.com.my/CATEGORY/Agama/SIRI-KISAH-KISAH-HIKMAH-ANAK/Kisah-25-Nabi-(Buku-2).aspx

Siri kisah-kisah hikmah anak 

Buku Kisah 25 Nabi (Buku 2) merupakan kesinambungan Buku Kisah 25 Nabi (Buku 1). Buku ini mengisahkan tentang 25 nabi yang telah diutuskan oleh Allah SWT untuk menyampaikan syariat Islam kepada kaum mereka. Di dalam buku ini terkandung kisah-kisah teladan yang boleh dijadikan contoh terbaik kepada anak-anak sebelum mereka tidur. Buku Kisah 25 Nabi (Buku 2) ini bermula dari kisah Nabi Zulkifli a.s sehingga Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir yang telah diutuskan oleh Allah SWT. 
Buku ini sangat berguna kepada anak-anak dan memberi pendedahan kepada mereka tentang sejarah para nabi yang penuh dengan teladan.